Tuesday, May 25, 2010

Menantu VS Mertua

Pabila baca aje title post aku ni, pasti tergambar drama di astro prima yang tajuk nya begitu. Malah kini telah masuk musim kedua. Pelbagai ragam anak menantu serta mertua yang dapat aku lihat. Menantu sering tidak setuju dengan mertua, mertua yang terlalu mengongkong, dan pelbagai lagi. Aku tidak lagi mengikuti drama ini. Kesibukan study menghalang aku dari menonton. 

Bagaimanapun aku tidak perlu lagi menonton drama sedemikian rupa kerana drama itu sedang berlangsung dalam rumahku sendiri. Usia perkahwinan yang agak lama tidak menjanjikan seseorang itu memahami orang lain. Benarlah kata ibuku..pabila berjauhan kita lebih mesra jika nak dibandingkan sebumbung. Kerana pelbagai perkara yang berlaku tidak dapat diselindung. 

Anak perangai begini..menantu perangai begitu. Aduh..kesian ibuku. Tak tahu bagaimana dia nak menanggung semua ini. Semakin hari aku juga semakin buntu. Apa yang harus aku lakukan. Keluarga tak ramai tapi masalah terlalu banyak. Hanya pada Tuhan tempatku mengadu. 

Benar...aku belum berumahtangga. Jadi, aku tak tahu bagaimana rasanya hidup bersama mertua. Tapi..adakah sebab aku belum lagi menempuhinya aku tidak layak menegur atau bersuara? Aku tidak sanggup melihat ibuku saban hari, saban detik menjaga hati dan perasaan anak menantu sedangkan mereka tidak mengambil kira hati dan perasaan ibuku. 

Dulu, masa bah ada mereka tahu nak jaga hati, hormat pada keduanya. Tapi kini tidak lagi. Teguran dan nasihat ibuku tidak diterima malahan ibuku pula yang disalahkan. Aku bosan...bosan dengan sikap angkuh mereka. 

Disebabkan sikap mereka inilah yang menyebabkan aku takut menghadapi alam perkahwinan. Bagaimana keadaan ibuku jika aku berkahwin? Tidak dapat aku bayangkan. Biarlah aku begini. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

0 comments:

Post a Comment