Wednesday, May 5, 2010

Dia Menangis Lagi..

Malam ini sekali lagi menjadi sejarah buatku. Terlalu banyak perkara yang tidak di sangka-sangka berlaku setelah pemergian bah. Bereti selama itu jugalah ibuku menghadapi dugaan sendirian. Sungguh pun dia mempunyai anak, adakalanya di pendamkan juga sesetengah perkara yang merunsingkan hati nya. Alasan nya, tidak mahu membebankan anak-anak. Tapi, apa yang anak-anak tahu? Hanya tahu nampak salah ibu tua yang kesepian. 

Apakah mereka tidak fikir mengenai ibu mereka lagi setelah masing-masing menggalas beban sebagai ketua keluarga masing-masing? Selayaknya seorang ibu mendapat layanan yang sebegitu dari anak yang dia kandung?
Aku tidak sanggup lagi melihat air mata ibu mengalir kesedihan tiap kali berbicara soal tanggungjawab seorang anak. Dimana mereka tatkala ibu memerlukan mereka?

Aku sedar segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Aku redha. Semua ini adalah ujian dari  Yang Maha Esa untuk hambanya yang lemah. Ku harap ibuku jua tabah mengharungi mehnah kehidupan ini. Pasti ada sesuatu yang ingin di sampaikan oleh Nya.

0 comments:

Post a Comment