Saturday, June 12, 2010

Cinta Dulu vs Cinta Sekarang


Semalam aku bersama mak aku ke Segamat. Saje gi jalan2 berdua ngan mak aku. Shopping sikit2..makan. Hurm...memang seronok. Masa ngah makan tue duk la bersembang ngan mak aku ni kisah dia dan bah. Kisah dorang berdua masa muda2 lu.

Rupanya mak dan ayah aku ni kawin atas pilihan family. Dorang berdua ni sepupu dekat. And yang paling best nye, dalam family dorang berdua ni, hanya dorang je yang kawin atas pilihan keluarga. Adik beradik yang lain seme pilihan masing2. Aku ada la tanya mak aku ni, masa dia muda2 lu takkan takde pakwe kowt. Mak aku cakap memang xde pown. Mak aku ni duk umah je. tak keje pun. Tapi ada la owg penah dtg merisik mak aku. Owg tue lak mintak ngan atuk aku. Atuk aku tolak. 2x atuk aku tolak. Rupanya die nak satukan mak aku dan bah aku. Mak aku ni jenis yang menurut aje ape kate mak and ayah die. Bah lak, penah la ada kawan ngan sowg pompuan ni. Seyes gak la. Tapi xde jodoh sebab pompuan tue kawin ngan pilihan keluarga. Pas dari 2, bah x penah ada makwe. Last2 kawin la mak aku and bah. 

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu

Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua

Masa di awal perkahwinan mereka...hubungan mereka agak dingin. Maklumla, owg tak bercinta. Mak aku cakap, bah cam tak suka je kat die. Tapi, tue cte 2 3 bulan awl perkahwinan. Pas2 hari demi hari hubungan mereka berdua semakin baik. Sampai la kelahiran putera sulung mereka. Hidup mereka bahagia walaupun keluarga ini bukanlah keluarga berada. Mak aku cakap walaupun hidup serba kekurangan and agak susah, mak aku tak penah rasa menderita. Tetap bahagia bersama bah.

Gurau dan senda bah menceriakan lagi hidup mak. Die tak segan bermesra ngan mak walaupun depan anak2. Sweet kan..apa sahaja yang mereka buat, mereka pasti bersama. Ini memang seme owg tahu. Tak kira la saudara mara, anak beranak mahupun jiran tetangga. Mereka sendiri mengakui kemesraan dan keakraban hubungan mak dan bah. Setiap kali duduk bersantai, ada sahaja perkara yang di sembangkan. Seolah-olah terlalu banyak perkara utk di kongsikan. 

Bah memang mudah mesra. Tak kisah la dengan laki2 mahupun perempuan. Mak pulak tak penah pun terselit perasaan cemburu di hati nya. Bah sendiri mengakui yang mak sangat baik. Bila duduk bersembang berdua, bah selau ckap yang mak ni masih lagi cantik, muda. Kalau die dah xde nanti, mesti ramai owg yang nk kt mak. Macam2....And bah pun slalu gak ckap yang die tak puas tgk mak. Pada mula nya aku sangka kan percakapan itu di luahkan waktu muda2 dlu, tp rupanya dari dulu sampai kami seme da besar. 

No wonder la selepas bah kembali ke rahmatullah, hidup mak rasa sangat sunyi. Saban kali air mata nya menitis bile teringatkan bah. Puluhan tahun hidup bersama insan yang sentiasa di sisi, tetiba kini terpaksa mengharung hidup sendirian mmg perit. Waima ada anak cucu sekalipun. Keadaan tetap tidak sama seperti dulu.Ku sangkakan cerita2 sebegini hanya terdapat dalam drama. Tidak sangka perkara ini berlaku pada mak dan bah.


Benarlah....cinta selepas kawin lebih banyak manisnya dari cinta sebelum kawin. Tambahan pula dengan restu ibu bapa. Cinta sekarang seme plastik. Masa belum kahwin, ke sana ke mari berdua. Macam belangkas. Tapi bile da kawin, da masuk anak kedua..seme tu da xde lagi. Maklum la da puas hidup berdua. Sebelum kawin suda macam belangkas, ble da kawin mula naik bosan. 

Sebab tu Allah melarang couple. Apa yang telah Dia tetapkan ada hikmah yang tersembunyi. Kita sebagai hamba tidak tahu rahsia di sebalik larangan Nya. 


0 comments:

Post a Comment