Thursday, March 25, 2010

Kerana 2 Puntung Rokok.....

Kerana 2 puntung rokok? Kenapa? Ape yang x kena dgn statement 2? Kerana 2 puntung rokok la segala-galanya terjawab kini.
Sewaktu sdg berkemas aku ternmpk kotak rokok bersama pemetik api dlm satu bekas. Ku ambil kotak tersebut, kubuka. Kulihat terdapat 2 puntung rokok lg yg tggl. Aku tahu ianya kepunyaan siapa. Tanpa perasaan bersalah, ku ambil kotak tersebut, lalu ku sorokan di dalam suatu bekas yang lain. 
Petang 2 pemilik rokok berkenaan bertanyakan kpdku samada aku melihat kotak terbabit atau tidak. Aku tidak dpt menahan diri dri tersenyum sumbing. Ya...tentu sekali dia dpt m'agak nya. Tambahan pula hanya aku sj yg berani berbuat demikian. Tapi...aku menafikan walaupun aku tahu die pasti mengesyakiku. Ah...aku x peduli. Malamnya, die bertanyakan lg pdku. Tp aku still tidak mengaku. Akhirnya, die mengamuk tanpa ku sedari. Dan perlakuannya bagaikan org hilang pedoman. Dicampakkan brg di dalm rumah, di hempasnya pintu rumah. Walhal ibu nya berada disitu. Apa sudah jadi ni? Lantas aku bangun dari tempat dudukku. Hilang sudah kesabaranku. Aku bergegas mengambil kotak rokok terbabit lalu ku campakkan di meja makan. Tidak sanggup aku menahan kebiadapan tingkah lakunya terhadap orang tua sendiri. Sungguh, sewaktu itu, aku benar2 tidak dapat menahan diri. Mahu sahaja aku menjerit di saat itu. Tapi suara yg menggeletar menahan marah tidak mampu aku lempiaskan. Bahkan sebak pula yang menguasai diri.
Benarlah...bila kita berada dalam keadaan marah, syaitan akan berteriakkan. Bersorak kemenangan. Tidak kusangka insan yang aku sayang, insan yg aku harap dpt berlindung tegar sekali meluahkan kata2 yang amat terkesan dan tidak pernah aku sangkakan. Sekali pun aku tidak berniat untuk berbuat dengki pada dirinya. Tapi mengapa itu yang disangkakan? Apa salahkah aku menegur saudaraku sendiri? Salahkah? Di kala itu,aku segera teringat, aku dan ibu hanya menumpang. Menumpang kasih saudara sendiri. Teringat pula pada bah menyebabkan hati ini bertambah sayu. Sayu kerana aku tidak dpt menjadi anak yang taat, adik yang baik. Apakah dosa yang telah bah dan mak lakukan sampai kami adik beradik jd begini? astagfirullah....berdosanya aku.
Janji yg dilafazkan sewaktu pemergian arwah, tggl janji. Mereka semua penipu. Mereka hanya pentingkan diri mereka. Aku tidak mampu melupakan ape yg telah terjadi. Sekali pun maaf telah dipinta, hatiku masih terluka. Aku hanya mampu panjatkan doa kpd Tuhan agar melembutkan hati kami. 
Kerana itu aku sangat benci pada rokok. Malahan pd mereka yg merokok juga aku benci. Rokok adalah pemusnah segalanya.

0 comments:

Post a Comment