Monday, January 18, 2010

Semester Baru Bermula

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2010. Semester baru juga telah bermula sejak 3 minggu yang lepas. Sangat pantas masa berlalu. Baru semalam kurasakan 2009 menjengah. Kini 2010 telah menjelmakan diri. 2009 mancatatkan sejarah paling pahit buat diriku apabila abah kembali ke rahmatullah. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya  hati ini. Sesungguh nya Dia telah mengambil kembali ape yang telah dipinjamkan kepada hambanya. Dan sebagai hamba aku seharusnya bersyukur kerana telah di anugerahkan kasih sayang seorang abah buat diriku.

0 comments:

Post a Comment