Friday, December 4, 2009

Dari DIA Kita Datang, Kepada DIA Kita Kembali

Tanggal 3/12, ayah kepada sahabatku telah kembali ke rahmatullah. Satu berita yang amat mengejutkan bagi dia juga bagi kami. Aku faham dan mengerti apa yang dirasakan oleh sahabatku kerana aku juga pernah merasa kehilangan ayah tersayang. Siapa tahu hampir setahun pemergian ayahku, ayah sahabatku pula dipanggil. Segala yang berlaku adalah ketentuan dari Dia. Kita sebagai hamba hanya mampu merancang sedangkan Dia adalah penentu segala nya. Aku sangat terkesan dengan peristiwa yang telah berlaku. Teringat kembali saat abah dipanggil menyahut panggilan Illahi. Terasa seolah-olah dunia ini tiada apa lagi yang tinggal. Setahun berlalu, namun aku rasa bagaikan baru semalam peristiwa itu berlaku.


Sahabat, tabahkan hatimu menempuh dugaan ini. Aku tidak mampu untuk menghapus air mata dan kesedihanmu, juga tidak mampu berada di sisimu tiap ketika. Sungguhpun begitu andai kau perlukan teman untuk mendengar, aku sudi menjadi tempatnya.



Ya Tuhan, berilah kami ketabahan dan kekuatan hati dalam menempuh dugaan yang telah kau berikan kepada kami. Sesungguhnya segala yang telah berlaku ada hikmah yang tidak kami ketahui. Ampunkanlah dosa kedua orang tua kami, berkatilah mereka dan limpahkan mereka dengan rahmatmu. Jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah. Hanya Kau yang mempunyai hak ke atas segala nya ada di muka bumi dan alam semesta ini. Ya Allah, hapuskan lah air mata kami sekiranya ia menjadi beban kepada ayah kami.Amin...


0 comments:

Post a Comment