Saturday, December 17, 2011

Keluarga Bahagia

assalamualaikum...ape agak nye yang aku nk citer psl keluarga bahagia n yek? hm...nk kta keluarga aku x bahagia, x baik..nk kata bahagia..biasa la. hidup ni kan ada pasang surut. tapi.. aku betul2 suke bile dengar kisah sahabat2 aku. baik je dorg sesama adik beradik. seriusly..aku yang mendengar pun, aku bleh rs hubungan kasih sayang yang kuat antara mereka..inikan pulak mereka sendiri. adakalanya aku sering terfikir knapa abang2 aku x mcm abg kwn2 aku. sbb mereka x sama. setiap org ada identiti masing2. keluarga aku bukanlah keluarga yang besar. hanya ada 2 org abang dan mak. bah...da 3 taun pergi. anak sedara pun da nk msk 5. seronok ada budak2 dlm keluarga. at least aku x rasa sunyi.  

aku harap dan berdoa kepada Allah semoga bakal pendamping hidupku mampu membawa sirna dalam keluarga kecilku. aku tidak mengharapkan insan sempurna..cukupla si dia mempunyai pegangan agama yang kuat. dapat membantu kami ke arah menuju ke jalan keredhaan Allah. memberi aku sebuah keluarga impian yang penuh dengan tarbiah dari Allah. semoga dipermudahkan. amin....

\

Thursday, November 10, 2011

Anak oh Anak

Assalamualaikum pemula bicaraku.
peristiwa berlaku pada  09 November 2011 sekitar jam 12pm.
lokasi rumahku.

baru2 ni mak dikunjungi seorang kawannya yang juga seorang isteri peneroka dan peniaga kain. apa yang nak aku ceritakan adalah kisah bagaimana seorang ibu sanggup mencari wang demi untuk anaknya yang sedang belajar. aku difahamkan makcik tersebut terpaksa meminjam wang dengan orang berikutan anaknya yang memerlukan wang. RM300 bukan la satu amaun yang banyak pada hari ini. tapi bagi warga felda seperti kami, ianya agak banyak kerana sukar untuk diperoleh. aku tak pasti bagaimana dengan orang lain.

makcik tu kata duit tu untuk anaknya beli pakaian untuk satu program di hotel. biasala kalau event kt hotel, pakaian nk kena gempak. yang aku nak marah nye, sanggup die mintak duit ngan mak die semata-mata untuk die berjoli sakan. yang mak die n punya la sanggup pegi pinjam duit merata-rata, tebalkan muka utk si anak n. tak pike k die. ei....geram aku. mak die da banyak bergolok gadai untuk die.

betul..mak die percayakan die, tapi....sebagai anak pike la. hadoi...semoga Allah beri kami semua petunjuk dan hidayah Nya. semoga kami menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin...

Monday, April 11, 2011

Alhamdulillah..akhirnya aku jumpa gak blog aku yang sangat2 bersawang ni.  Telah terlalu lama aku tinggalkan ia. Bukan kerana tidak punya masa, bukan juga kerana tiada peristiwa yang berlaku, tetapi keinginan untuk menulis tiada.

Saturday, June 12, 2010

Cinta Dulu vs Cinta Sekarang


Semalam aku bersama mak aku ke Segamat. Saje gi jalan2 berdua ngan mak aku. Shopping sikit2..makan. Hurm...memang seronok. Masa ngah makan tue duk la bersembang ngan mak aku ni kisah dia dan bah. Kisah dorang berdua masa muda2 lu.

Rupanya mak dan ayah aku ni kawin atas pilihan family. Dorang berdua ni sepupu dekat. And yang paling best nye, dalam family dorang berdua ni, hanya dorang je yang kawin atas pilihan keluarga. Adik beradik yang lain seme pilihan masing2. Aku ada la tanya mak aku ni, masa dia muda2 lu takkan takde pakwe kowt. Mak aku cakap memang xde pown. Mak aku ni duk umah je. tak keje pun. Tapi ada la owg penah dtg merisik mak aku. Owg tue lak mintak ngan atuk aku. Atuk aku tolak. 2x atuk aku tolak. Rupanya die nak satukan mak aku dan bah aku. Mak aku ni jenis yang menurut aje ape kate mak and ayah die. Bah lak, penah la ada kawan ngan sowg pompuan ni. Seyes gak la. Tapi xde jodoh sebab pompuan tue kawin ngan pilihan keluarga. Pas dari 2, bah x penah ada makwe. Last2 kawin la mak aku and bah. 

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu

Berisik-risk bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua

Masa di awal perkahwinan mereka...hubungan mereka agak dingin. Maklumla, owg tak bercinta. Mak aku cakap, bah cam tak suka je kat die. Tapi, tue cte 2 3 bulan awl perkahwinan. Pas2 hari demi hari hubungan mereka berdua semakin baik. Sampai la kelahiran putera sulung mereka. Hidup mereka bahagia walaupun keluarga ini bukanlah keluarga berada. Mak aku cakap walaupun hidup serba kekurangan and agak susah, mak aku tak penah rasa menderita. Tetap bahagia bersama bah.

Gurau dan senda bah menceriakan lagi hidup mak. Die tak segan bermesra ngan mak walaupun depan anak2. Sweet kan..apa sahaja yang mereka buat, mereka pasti bersama. Ini memang seme owg tahu. Tak kira la saudara mara, anak beranak mahupun jiran tetangga. Mereka sendiri mengakui kemesraan dan keakraban hubungan mak dan bah. Setiap kali duduk bersantai, ada sahaja perkara yang di sembangkan. Seolah-olah terlalu banyak perkara utk di kongsikan. 

Bah memang mudah mesra. Tak kisah la dengan laki2 mahupun perempuan. Mak pulak tak penah pun terselit perasaan cemburu di hati nya. Bah sendiri mengakui yang mak sangat baik. Bila duduk bersembang berdua, bah selau ckap yang mak ni masih lagi cantik, muda. Kalau die dah xde nanti, mesti ramai owg yang nk kt mak. Macam2....And bah pun slalu gak ckap yang die tak puas tgk mak. Pada mula nya aku sangka kan percakapan itu di luahkan waktu muda2 dlu, tp rupanya dari dulu sampai kami seme da besar. 

No wonder la selepas bah kembali ke rahmatullah, hidup mak rasa sangat sunyi. Saban kali air mata nya menitis bile teringatkan bah. Puluhan tahun hidup bersama insan yang sentiasa di sisi, tetiba kini terpaksa mengharung hidup sendirian mmg perit. Waima ada anak cucu sekalipun. Keadaan tetap tidak sama seperti dulu.Ku sangkakan cerita2 sebegini hanya terdapat dalam drama. Tidak sangka perkara ini berlaku pada mak dan bah.


Benarlah....cinta selepas kawin lebih banyak manisnya dari cinta sebelum kawin. Tambahan pula dengan restu ibu bapa. Cinta sekarang seme plastik. Masa belum kahwin, ke sana ke mari berdua. Macam belangkas. Tapi bile da kawin, da masuk anak kedua..seme tu da xde lagi. Maklum la da puas hidup berdua. Sebelum kawin suda macam belangkas, ble da kawin mula naik bosan. 

Sebab tu Allah melarang couple. Apa yang telah Dia tetapkan ada hikmah yang tersembunyi. Kita sebagai hamba tidak tahu rahsia di sebalik larangan Nya. 


Tuesday, May 25, 2010

Menantu VS Mertua

Pabila baca aje title post aku ni, pasti tergambar drama di astro prima yang tajuk nya begitu. Malah kini telah masuk musim kedua. Pelbagai ragam anak menantu serta mertua yang dapat aku lihat. Menantu sering tidak setuju dengan mertua, mertua yang terlalu mengongkong, dan pelbagai lagi. Aku tidak lagi mengikuti drama ini. Kesibukan study menghalang aku dari menonton. 

Bagaimanapun aku tidak perlu lagi menonton drama sedemikian rupa kerana drama itu sedang berlangsung dalam rumahku sendiri. Usia perkahwinan yang agak lama tidak menjanjikan seseorang itu memahami orang lain. Benarlah kata ibuku..pabila berjauhan kita lebih mesra jika nak dibandingkan sebumbung. Kerana pelbagai perkara yang berlaku tidak dapat diselindung. 

Anak perangai begini..menantu perangai begitu. Aduh..kesian ibuku. Tak tahu bagaimana dia nak menanggung semua ini. Semakin hari aku juga semakin buntu. Apa yang harus aku lakukan. Keluarga tak ramai tapi masalah terlalu banyak. Hanya pada Tuhan tempatku mengadu. 

Benar...aku belum berumahtangga. Jadi, aku tak tahu bagaimana rasanya hidup bersama mertua. Tapi..adakah sebab aku belum lagi menempuhinya aku tidak layak menegur atau bersuara? Aku tidak sanggup melihat ibuku saban hari, saban detik menjaga hati dan perasaan anak menantu sedangkan mereka tidak mengambil kira hati dan perasaan ibuku. 

Dulu, masa bah ada mereka tahu nak jaga hati, hormat pada keduanya. Tapi kini tidak lagi. Teguran dan nasihat ibuku tidak diterima malahan ibuku pula yang disalahkan. Aku bosan...bosan dengan sikap angkuh mereka. 

Disebabkan sikap mereka inilah yang menyebabkan aku takut menghadapi alam perkahwinan. Bagaimana keadaan ibuku jika aku berkahwin? Tidak dapat aku bayangkan. Biarlah aku begini. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.